Monday, January 14, 2008
3:13 PM
Kenapa kita je yg selalu harus menjaga hati org lain? Kenapa orang lain tak nak menjaga hati kita? Kenapa kita je yang terluka kerana memendam rasa? Kenapa orang lain tak ader perasaan terhadap diri kita?
Aku selalu berhati-hati bila bercakap,takut tersinggung atau mengguris hati orang.
Walaupun kadang aku geram macam nak mencarut je, aku tetap sabar.
Tapi ader tak orang yg berfikiran begitu terhadap aku….Pernahkah dorang terfikir aku ni sensitif? Sikit je aku akan terasa hati. Aku tak rasa ader orang fikir gitu.
Maafkan aku jika aku ader buat silap. Bukan cara berdiam diri dan berjauh hati.
Kerana aku akan tertanya-tanya aper silap aku. Berterus teranglah agar kita hidup aman damai.
(off the track sikit…)
Aku tak kisah orang nak cakap(mengumpat) hal-hal aku. Aku tetap akan maafkan dorang atau pada aku,banyak umpatan dari dorang,makin banyak pahala aku.
Aku gembira dengan aper yg aku ader sekarang. Aku bersyukur…
Sekarang aku tumpukan pada rumah ku sendiri…
Walaupun orang nampak aku “relax” tapi kepala otak aku berfikir….
Ini adalah tanggungjawab aku dan suami. InsyaALLAH aku dapat selesaikan apape pun masaalah yg ader dengan tabah….
Selepas perihal rumah,akan aku tumpukan pada hal yg lain iaitu zuriat.
Memang dah lama aku inginkan tapi belum ader rezeki, TUHAN MAHA MENGETAHUI…Aku diberi peluang mengatasi semuanya satu persatu…
Biar mulut orang berkata-kata, tak mungkin aku “layan”.
Aku takkan tergopoh-gapah hal seperti itu…Zuriat amat penting. Bagi aku,biar aku mencari lebih rezeki untuk masa depan keluarga ku dan zuriatku yg bakal lahir.
Bukan memberi mereka makan pasir …. Berkat doa kedua orang tua ku amat penting bagiku…tanpa mereka,siapalah aku….
Aku meluahkan semua ini kerana aku tertekan dengan sikap sesetengah manusia yg suka membeza-bezakan pangkat dan darjat. Dan juga sesetengah manusia yg tak pernah nak menjaga hati seorang wanita seperti aku…
Aku rasa terkilan ngan perangai dorang.
Aku doakan yg terbaik untuk korang…Saperlah aku nak menghukum korang…
TUHAN akan membalas segala niat baik buruk korang terhadap aku…
p/s: penipu sia dektu…you want people’s attention or wat?? Ooopppsss!!! Jgn buat fitnah hokay… (maintain liza…relax ;p )
AWIEJA since 240207